klik

Tuesday 27 August 2013

yesterday day day.

salam semua.
semalam aku atas kereta dengan dia . trafik light tengah merah.

guess what ? kami nampak 4 orang budak ni naik basikal---tengah bandar--tengah kereta sibuk banyak.bukan budak biasa budak nakal apa TAPI budak pempuan ni ( around 14 years old ) bawak bonceng adik pempuan dia kecik lagi ( 3 tahun camtu ) atas basikal tua yang ada tempat letak barang tu. penuh basikal tu dengan PLASTIK BOTOL KOSONG TIN KOSONG. penuh k penuh.

mesti nak jual botol kosong tu untuk cari duit makan :( :(



dua lagi adik lelaki dia naik basikal asing. memang semua muka comot baju pon sama. sekali pandang terus rasa SEDIH GILA KESIAN GILA ---taktau nak cakap.

mesti family budak budak tu susah dan entah ada parent ka dak. entah makan ka dak .

macam-macam benda terpikiaq. hari isnin tapi tak p sekolah.org cakap berat mata yang memandang berat lagi bahu memikul.


rasa respek pun ada dekat budak tu sebab dia tak malu di depan depan orang ramai macam tu. aku yakin kalau budak lain sebaya macam tu, tak mungkin nak buat semua tu, cari duit macam tu. yang aku selalu nampak budak sebaya cam dia hanya tau lepak dekat mall lepas tu habiskan duit mak bapak. naik moto sana sini habiskan minyak.

nak tolong tak mampu. aku mampu doa ja lah. harap-harap rezeki depa sentiasa ada. dipermudahkan.

*nak ambik gambaq sebab nak tunjuk adik aku tapi takdan,lampu trafik dah hijau*


THATS ALL.


OHH tak lupa jugak semalam Allah bagi aku kebahagiaan dapat jumpa dia lagi kali ketiga sepanjang cuti ni dan jumpa kawan kesayangan yang aku rindu sangat :)

1. gembira jumpa kawan-kawan





enjoy very muchmuch melow telow kay hehehehehe

2. gembira dapat sandal baru wehehehe


dan thank you awak sebab bagi kasut kegemaran kita. patut la cakap nak bagi suprised 
itu rupanya. excited sangat pakai terus p makan pagi dengan dia haha

3. gembira sebab dapat makan roti dol -- first time makan aku suka sangat nak makan lagi !

kawan aku kata- teloq gedik gedik tu teloq separuh masak--- terbaik!

4. gembira sebab tengok the conjuring hoi tak seram pun tapi terkejut ja banyak

baju biru belang tu dah kena rasuk dah. nasib dan hembus ayat kursi


THANK YOU AZIRA sebab bagi kita beg yang go green tu sebab i suka.
boleh lukis atau tampal suka hati hihihi


SEKIAN TERIMA KASIH :)



 P/S: dan bila Allah nampakkan kita orang yang lagi susah dari kita ( kais pagi makan petang,kais petang takdapat makan malam) sedarlah kita nikmat senang yang Dia dah bagi. Subhanallah.We really should stop looking at the one yang lebih tinggi kesenangan nya dari kita dan sentiasa lah bersyukur, serius talk okey.

P/S : aku memang akan taip tulis dan cerita setiap benda yang ber kesan kat hati aku sendiri :)


Sunday 25 August 2013

barang lama.

salam.
hai semua orang.

tak tau nak cakap aku ni orang yang suka benda lama atau antik ka dak. nak di ikutkan pakwe aku yang minat benda klasik. ada orang cakap muka dia klasik dengan vespa dia. dengan minat dia yang unik haha.

k bukan nak cerita pasal dia.

tadi godek kotak yang tersimpan barang zaman sekolah.
i am the person who kept very well 'everyting' that peoples gave to me.
even biodata kakak angkat yang nak aku jadi adik angkat pun aku simpan (walaupun aku tak balas biodata dia sebab takmau main angkat-angkat ni)


memang aku pantang gila kalau ada orang usik barang barang lama aku.

balang ni penuh plastik chewing gum
dia selalu bagi aku setiap pagi masa sekolah dulu hihi
( kalau mama aku-dia suka buang barang yang nampak semak- bahaya untuk keselamatan barang aku)


nametag nama sekolah 


buku merah ni pasport lah untuk budak asrama keluar masuk
masa ni tingkatan 1 okey-- dan buku ni kepunyaan :


muka budak sekolah yang yang ______ (fill in the blank)


necktie tak berbasuh bapa tahun dah -_-

dan aku banyak jugak simpan keychain yang d beli time jenjalan ngan family dan keychains dari kawan.

kebanyakan dari LANGKAWI,MELAKA,PANGKOR.


PARIS TOWER : dari Wawa Amaneena classmate JKMB
PEARL DARI BANDUNG : kawan kelas jugak bagi
SINGAPORE : Anis Nuruddin classmate JKMB


SARAWAK  CAT : dari Aishah classmate JKMB
THAILAND TAXI : dari Anis Tan JKMB


yang warna biru LANGKAWI tu dari zeti mahaya classmate jugak hehe

i cannt wait to have my own house. where i can decorate and design every corner dengan taste yang aku suka. dan satu sudut tu, nak letak semua barang orang bagi atau barang sekolah punya hahaha.
surat-surat cinta yang tebal gila tu pun, boleh buat kraf tangan lah.

okey bye bye.









Wednesday 21 August 2013

Pak Encik.




 saya jumpa pak encik last week. kali kedua sepanjang cuti. selepas sebulan puasa--still gemuk dia.


rambut baru---apa nama rambut ni tah.
sorry lah pak encik , saya tahu anda tak suka edit fake pakai cam360 macam ni



p/s : seriusly.tua tua dah tak sweet sweet dah aih. kekonon matang kena sikit la. but it is okey kekuatan ikatan tu yang menentukan kebahagiaan. sweet terlebih pun dapat penyakit tau- kencing maneh. ekekkeeehhkeh *gelak sesopan sopan nya*


and last but not least lets PRAY FOR EGYPT guys !!! i read randomly about the fact tha i should know. the kronologi dan sebab punca tercetusnya kezaliman tentera kat Mesir. so sad. too bad. DOA SENJATA KITA. INSYAAALAH. ayuh kita mohon yang terbaik. semoga syurga tempat para syahid disana

lack of motivation.

Penyakit lack of motibasi-kal ni memang ada dalam semua pelajar kat Malaysia.
aku yakin 100 peratus.
eh dak.

aku yakin 30 peratus.

dengan rasa ulalala nya aku nak kupas sikit pandangan aku pasal 'lack of motivasi'
sebabnya aku selalu dapat penyakit ni setiap masa- jadi aku nak korek sikit punca dan akibat. cewah.
setiap kali nak belajaq - rasa tak sesemangat mcm zaman sekolah dulu - rasa malas - penyegan - badak.

kenapa?

kenapa weh?

---- sebab kesenangan hidup yang melimpah ruah macam kuah laksa penuh mangkuk tuh. bila hidup macam senang ja - kurang lah motivasi nak BELAJAR sungguh-sungguh. aku rasa la kot. contohnya -- nak masuk U mak bapak dah bagi kereta, bagi motosikal, beli itu beli ini , gadget baru, handphone baru (hmmmm ) dan sebagainya yang secara tidak langsung ter'melalaikan' kita. aku ulang- TER'lalai' k?

selalu aku tengok dan aku baca anak orang yang susah , mak bapak kerja kampung ni lagi tinggi motivasi untuk jadi pelajar pandai.dia rasa tanggungjawab nak ubah keluarga tu. tanggungjawab sebagai hamba Allah nak dalami ilmu tu aku rasa. TAPI TAK SEMUA LA. ada jugak yang tak sedaq-sedaq dok menyusahkan mak-bapak jugak ( sesetengah )

dan ada jugak anak orang senang-berada ni yang motivasi tinggi sebab terasa TERSAING dengan kejayaan bapak mak dia- sepupu sedara dia. mungkin.

---- sebab rasa diri dah 'gua boleh paham benda ni,nanti exam gua boleh buat punya' ini lah mindset gila perasan diri yang susah di kikis di jiwa. Alih-alih dah dalam dewan peperiksaan - ternganga nak jawab! ha tudia tudia ni yang payah ni. mulalah jadi malas ulangkaji balik sebab dah rasa paham.

aku akui aku pulak jenis yang kalau tak paham apa-apa aku akan -- takpalah biaqlah tak paham pun.
bila tak dapat buat apa soalan aku memang jenis yang -- takpalah nanti lah jawab,sokey tangguh lu.
watlek watcool watpeace terlebih macam ni sebenaqnya makan DIRI SENDIRI hoi.


---- ada banyak lagi nak kupas tapi tak reti nak MENTERJEMAHKAN dalam ayat.

hidup kat Unibersiti ni gua cakap lu. tak semudah di sangka. you have to STRUGGLE VERY VERY VERY THE HARD CORE punya. kalau main main macam gua ni memang setakat cukup makan :(
if you know what i mean . if you dont know- i pun tak know know lah nak terangkan. kbye.


* life is not about taking a photo ja lah hazirah*
*tapi aku takdapat buang hobi ni :( *


untuk mendapatkan SEMANGAT DAN MOTIVASI belajar dekat U ni, pandai pandai lah cari sendiri. hangpa boleh beli buku motibasi Dr Padhilah Kamsah ka, buku apa-apa la. tak pon gugel ja bercambah motivasi . hah dekat youtube pon penuh. tapi kalau tak ter'usik' hati untuk motivasi jugak ---- taktaulah nak buat cemana lagi. pikiaq sendiri lah *talk to the mirror

bukan apa.

dekat rumah ibu bapak kita dok bagi motibasi free selalu. dah duduk jauh nanti. hemmmmmm.


p/s : sendang berusaha mencari semangat baru untuk melangkah ke semester baru. dah nak masuk tahun tiga hoi. bila nak berubah fasa hidup yang lebih baik hah ..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...