klik

Wednesday, 21 August 2013

lack of motivation.

Penyakit lack of motibasi-kal ni memang ada dalam semua pelajar kat Malaysia.
aku yakin 100 peratus.
eh dak.

aku yakin 30 peratus.

dengan rasa ulalala nya aku nak kupas sikit pandangan aku pasal 'lack of motivasi'
sebabnya aku selalu dapat penyakit ni setiap masa- jadi aku nak korek sikit punca dan akibat. cewah.
setiap kali nak belajaq - rasa tak sesemangat mcm zaman sekolah dulu - rasa malas - penyegan - badak.

kenapa?

kenapa weh?

---- sebab kesenangan hidup yang melimpah ruah macam kuah laksa penuh mangkuk tuh. bila hidup macam senang ja - kurang lah motivasi nak BELAJAR sungguh-sungguh. aku rasa la kot. contohnya -- nak masuk U mak bapak dah bagi kereta, bagi motosikal, beli itu beli ini , gadget baru, handphone baru (hmmmm ) dan sebagainya yang secara tidak langsung ter'melalaikan' kita. aku ulang- TER'lalai' k?

selalu aku tengok dan aku baca anak orang yang susah , mak bapak kerja kampung ni lagi tinggi motivasi untuk jadi pelajar pandai.dia rasa tanggungjawab nak ubah keluarga tu. tanggungjawab sebagai hamba Allah nak dalami ilmu tu aku rasa. TAPI TAK SEMUA LA. ada jugak yang tak sedaq-sedaq dok menyusahkan mak-bapak jugak ( sesetengah )

dan ada jugak anak orang senang-berada ni yang motivasi tinggi sebab terasa TERSAING dengan kejayaan bapak mak dia- sepupu sedara dia. mungkin.

---- sebab rasa diri dah 'gua boleh paham benda ni,nanti exam gua boleh buat punya' ini lah mindset gila perasan diri yang susah di kikis di jiwa. Alih-alih dah dalam dewan peperiksaan - ternganga nak jawab! ha tudia tudia ni yang payah ni. mulalah jadi malas ulangkaji balik sebab dah rasa paham.

aku akui aku pulak jenis yang kalau tak paham apa-apa aku akan -- takpalah biaqlah tak paham pun.
bila tak dapat buat apa soalan aku memang jenis yang -- takpalah nanti lah jawab,sokey tangguh lu.
watlek watcool watpeace terlebih macam ni sebenaqnya makan DIRI SENDIRI hoi.


---- ada banyak lagi nak kupas tapi tak reti nak MENTERJEMAHKAN dalam ayat.

hidup kat Unibersiti ni gua cakap lu. tak semudah di sangka. you have to STRUGGLE VERY VERY VERY THE HARD CORE punya. kalau main main macam gua ni memang setakat cukup makan :(
if you know what i mean . if you dont know- i pun tak know know lah nak terangkan. kbye.


* life is not about taking a photo ja lah hazirah*
*tapi aku takdapat buang hobi ni :( *


untuk mendapatkan SEMANGAT DAN MOTIVASI belajar dekat U ni, pandai pandai lah cari sendiri. hangpa boleh beli buku motibasi Dr Padhilah Kamsah ka, buku apa-apa la. tak pon gugel ja bercambah motivasi . hah dekat youtube pon penuh. tapi kalau tak ter'usik' hati untuk motivasi jugak ---- taktaulah nak buat cemana lagi. pikiaq sendiri lah *talk to the mirror

bukan apa.

dekat rumah ibu bapak kita dok bagi motibasi free selalu. dah duduk jauh nanti. hemmmmmm.


p/s : sendang berusaha mencari semangat baru untuk melangkah ke semester baru. dah nak masuk tahun tiga hoi. bila nak berubah fasa hidup yang lebih baik hah ..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...