semalam aku atas kereta dengan dia . trafik light tengah merah.
guess what ? kami nampak 4 orang budak ni naik basikal---tengah bandar--tengah kereta sibuk banyak.bukan budak biasa budak nakal apa TAPI budak pempuan ni ( around 14 years old ) bawak bonceng adik pempuan dia kecik lagi ( 3 tahun camtu ) atas basikal tua yang ada tempat letak barang tu. penuh basikal tu dengan PLASTIK BOTOL KOSONG TIN KOSONG. penuh k penuh.
mesti nak jual botol kosong tu untuk cari duit makan :( :(
dua lagi adik lelaki dia naik basikal asing. memang semua muka comot baju pon sama. sekali pandang terus rasa SEDIH GILA KESIAN GILA ---taktau nak cakap.
mesti family budak budak tu susah dan entah ada parent ka dak. entah makan ka dak .
macam-macam benda terpikiaq. hari isnin tapi tak p sekolah.org cakap berat mata yang memandang berat lagi bahu memikul.
rasa respek pun ada dekat budak tu sebab dia tak malu di depan depan orang ramai macam tu. aku yakin kalau budak lain sebaya macam tu, tak mungkin nak buat semua tu, cari duit macam tu. yang aku selalu nampak budak sebaya cam dia hanya tau lepak dekat mall lepas tu habiskan duit mak bapak. naik moto sana sini habiskan minyak.
nak tolong tak mampu. aku mampu doa ja lah. harap-harap rezeki depa sentiasa ada. dipermudahkan.
*nak ambik gambaq sebab nak tunjuk adik aku tapi takdan,lampu trafik dah hijau*
THATS ALL.
OHH tak lupa jugak semalam Allah bagi aku kebahagiaan dapat jumpa dia lagi kali ketiga sepanjang cuti ni dan jumpa kawan kesayangan yang aku rindu sangat :)
1. gembira jumpa kawan-kawan
enjoy very muchmuch melow telow kay hehehehehe
2. gembira dapat sandal baru wehehehe
dan thank you awak sebab bagi kasut kegemaran kita. patut la cakap nak bagi suprised
itu rupanya. excited sangat pakai terus p makan pagi dengan dia haha
3. gembira sebab dapat makan roti dol -- first time makan aku suka sangat nak makan lagi !
kawan aku kata- teloq gedik gedik tu teloq separuh masak--- terbaik! |
4. gembira sebab tengok the conjuring hoi tak seram pun tapi terkejut ja banyak
baju biru belang tu dah kena rasuk dah. nasib dan hembus ayat kursi |
THANK YOU AZIRA sebab bagi kita beg yang go green tu sebab i suka.
boleh lukis atau tampal suka hati hihihi
SEKIAN TERIMA KASIH :)
P/S: dan bila Allah nampakkan kita orang yang lagi susah dari kita ( kais pagi makan petang,kais petang takdapat makan malam) sedarlah kita nikmat senang yang Dia dah bagi. Subhanallah.We really should stop looking at the one yang lebih tinggi kesenangan nya dari kita dan sentiasa lah bersyukur, serius talk okey.
P/S : aku memang akan taip tulis dan cerita setiap benda yang ber kesan kat hati aku sendiri :)