jimat ni macam masalah terbesaq dalam hidup aku ( selain belajaq benda susah dalam kelas )
eh.
lupa bagi salam.
excited sangat nak taip pasal JIMAT .
assalamualaikum semua kawan kawan sanak saudara mara jiran tetangga.
aku tak reti jimat.
aku tak pandai jimat.
aku tak berusaha untuk jimat ( ya ka?)
***** pause*****
|
ps: lakonan semata-mata |
PTPTN dah masuk sebenarnya ( bersyukurlah)
MINYAK harga dah naik 20 sen ( bersyukurlah )
sebab tu cakap pasal jimat.
ya walaupun saya tak pakai kereta, tapi ibu bapa saya pakai .
memang la semua orang marah bila harga minyak naik, sebab akan menyebabkan harga barang jugak naik. lepas tu ada lagi bagus punya orang banding kan harga rokok yang NAIK jugak.
okey mai sini nak habaq bagi hangpa :
1. Minyak naik 20sen 1 liter. Rokok naik 50sen sekotak, bukan sebatang. hang isi minyak 1 liter ja ka?
2. hang p pasar nak beli ayam. Harga ayam naik. komplen dan tanya
penjual ayam kenapa harga ayam naik. Agak-agak dia nak cakap sebab
harga rokok naik 50sen ka? Sah2 dia akan cakap harga ayam naik sebab minyak naik.
3. Harga minyak naik akan beri kesan kepada semua orang. Harga rokok
naik, hanya memberi kesan kepada perokok. Minyak itu keperluan. Rokok
itu kemahuan yang menyebabkan ketagihan.
( bold font : copy paste )
memang semua orang isap rokok pun nak terasa BEBAN bila rokok naik harga!
nak p beli rokok pun bukannya jalan kaki, naik kereta motosikal jugak ! ( eh emosi pulak)
dan ada orang cakap tak payah nak komplen, negara kita paling murah minyak . tapi kan kita pengeluar minyak , memanglah harus murah. negara bukan pengeluar minyak memang lah mahal -_-
dan subsidi subsudu apa semua tu. aku dengar kat tv seseorang ni cakap . dengan menaikkan harga minyak tu semua nanti kerajaan akan BERI KEPADA RAKYAT jugak duit tu melalui bantuan BR1M dan sebagainya ( hoi hoi hoi bestnyaaaaaa dapat duit kita balik) .
gahhh.
golongan bawahan mungkin boleh gunakan bantuan duit BR1M tu sepanjang hidup , kurangkan bebanan ( maybe ) dan ohh boleh guna untuk isi minyak
tapi golongan pertengahan yang gaji nya between 3500-6000 YANG PALING TERUK ( tambah pulak kalau bilangan ahli keluarga ramai, dah la tak layak dapat bantuan BR1M lepas tu? okey BERSYUKUR )
golongan atasan yang berbelas berpuluh ribu gaji memang lah takdak masalah :)
taktahulah nak cakap macam mana lagi.kalau lebih lebih nanti di cakap nya tak bersyukur--- Allah. hati yang bersyukur tu semua Allah saja nampak. kita tak layak nak judge orang itu ini tak reti syukur. taktahulah celah mana yang hmm malas lah cakap .
**** THE END ****
EH SEBENARnya nak habaq pasal aku kena jimat duit PTPTN tu ( ya lah dah lah pinjam , nanti kena bayar balik kan , jangan lah joli benda tak paedah kan ----- pesan diri sendiri )
TAPI TERCAKAP pasal minyak secara tidak sengaja pulak------- sorry.
pesanan : still tak dapat selesaikan masalah tak reti jimat ni dalam diri ni macam mana ni arghhh. bila tanya mama--- dia jawab kita sama la perangai. okey bye.
pesanan lagi : entry aku tiada kaitan dengan politik . sila baca dalam nada yang tenang.