klik

Saturday, 31 December 2011

the hypothesis

semakin dekat nak exam, semakin rajin ank update blog.



hipotesis accepted.

semakin dekat nak exam semakin banyak jerawat naik.



hipotesis accepted.

semakin aku membaca semakin aku terasa pandai.



hipotesis perasan diri sendiri.



semakin aku buat list-to-do semakin aku tak ikut langsung.


semakin bertambah hari ,bulan,tahun semakin aku rindu dia.




hey? ini out of topic ! ! !


semakin aku tertekan semakin aku pon tak tau nak cakap apa dah. ok ini orang stress mau FINAL EXAM





reason why posted this ?


you know the reason. fullstop.

eh kejap. i noticed something.




i saw  my AA in JACOB BLACK. hahaha. sorry. #pengaruh filem kuat. jangan marah. of coz too many differences. admit it. bye

to-do-list

  1. study ceramics.
  2. study polymers.
  3. study electrical properties.
  4. study optical properties.
  5. study corrosion.
  6. magnetic properties.
  7. phase diagram . again read.
  8. buat past years.
  9. study chapter 1 to 5 midterm dulu semula
  10. revision calculus on 14.7 to 14.8?
  11. bukan revision tp baru nak study.calculus
  12. saturday morning.washing clothes.
  13. pembangunan diri?
  14. project inventor description?
  15. no sleep.
  16. no movie.
sempatkah aku. cuma tinggal 2 days lagi to final exam. tolak makan .mandi. tidor x cukup la jawabnya. ok baru ku sedar! bye ! ! ! accelerate the kerajinan ! 

Wednesday, 28 December 2011

rebel.

i am not rebel on politic.

not rebel on laws.

not rebellion lovers.

no.not.not at all.



aku cuma nak bising yang aku tak suka disuruh dan dipaksa.



daripada sekolah lagi aku tak suka betul 


dengan


camp, or whatever program .

aku paling pantang tok nenek, and avoid gila itu semua benda.

sounds like aku anti-sosial gila kan?

tak pon macam aku ni 'hancur' ja kan.

yeaaaaaaaaa, aku memang susah ber KOMITMEN tinggi-tinggi ni.

harap maaf.


no matter what happen aku tetap nak balik rumah dan x mau stay UKM cuti ni.
paham?????


* * * * *

the eutectic binary systems.

you are so cute and hensome sampaikan aku perlu ulang membaca you supaya

you pun terpikat

dan melekat di kepala hotak ku.

dah tu you nak bagi lagi the reations of eutectoid and peritectic kan?

time seems like cemburu kan aku.


sempat lagi aku ber perasaan di blog di sini sedangkan .

banyak lagi chapter yang duk beratur tunngu giliran nak suruh aku 'cium'(baca) depa.



p/s: aku bukan seorang yang sistematik. tapi aku seorang yang suka cantik. pulak??

Tuesday, 27 December 2011

you.



hey lovey dovey moment


p/s : love. you cannt buy it with ur money and sexy things. only when you get the true love, you will know  that there is no meaning of BORING having a same patner in your life. get it? bye sweety.

p/s II : for me, being a single is good as you are not alone actually but you can have so many boyfriends. dun think too much about jodoh cause it is ditetapkan ALLAH.

p/s III : no need to bersedih kerana tiada lelaki menyanyangi diri tetapi sedihlah kita seandainya ALLAH dah tak sayang kita.

Monday, 26 December 2011

the precious moment with them :)

hello friends.

assalamualaikum.

dua hari aku lari UKM tau.

bukan lari dengan haram. tapi ikut family berjalan-jalan suka ria hati macam tak final exam.

ada kesah aku? janji jumpa org tersyg .

first day, jumaat.

kami pergi Nilai 3.

memandangkan tujuan family aku dtg sini sbb ada cousin aku tunang. 
so pergi nilai sebab cari barang kahwin dia la. oh sangat la perlu sabar shopping benda tu smua.
aku cuma tengok. nanti 6 tahun lagi aku pulak kan.aku cuma tangkap gambar ja kat sana. boring.

tempat aku bukan di sini. tapi takpa. posing kat langsir lutsinar ni pon cun jugak





nak tengok muka excited pakcik aku? 

excited dapat menantu.



eh silap ni bukan muka exciting !

tu muka tgh " decision making"

mau tak pikir decision. banyak sgt langsir lawa-lawa. harga pon lawa.

ok kita gerakkkk lagi

what was the red bulu there??

haha. kedai karpet bangla itu orang !

sejam kat kedai ni. banyak gila karpet kaum krabat keluarga ku beli .

 mama aku dah berkenan dahh. ha tudiaaaaa dia amik dah.


aku tak kisa kalau pakcik aku yang beli banyak sbb anak depa mau kahwin.

tapi.

aku : " mama,beli watpa kapet nak letak mana lg rumah dah penuh dah mcm ni"

she :" hang tau dak mama beli sblum ni mahai, ni murah ni rugi tak amik, letak kat bilik adik hg"

ok fine.

 pakat lipat nak sorang satu.

 itu abg bangla sudah banyak penat tahu layan makngah,makcik  &mama aku.

beli lah hampa. aku ambik gmbaq lagi besh.
aku p cari cermin dan.



dah puas depan cermin.

laaaaaa. tak habis lagi wat decision making.

i was like " hmmmmm, sukanya aku kat kedai ni-perli"


bukti aku suka menunggu. :)

p kedai hantaran pulak. lagi suka.

adik aku nak bajet ayu la konon pakai skirt.


bahu  mama.

ini pakcik aku, abg kepada bapak.

bapak was not in da pict bcause bapak p kedai accesories kereta ja.

eh tiba-tiba dlm train. ini hari sabtu. 2nd day. on da way ke Masjid Jamek,
 first time aku tengok family aku guna kenderaan awam. lucu.

me and  beside me, makcik umie.

my lil bro boroi.


penat pusing2 sogo,jalan tar.
balik lah.

sekian dahulu berita terkini.
gua mau study lagi.
gua mintak diri dulu.
eh.eh. kasar benor?
ok sekian sahaja dari saya ye puan,tuan. bye.

Friday, 23 December 2011

changing the background

i just want the simple one.

and i have nothing to be post.

my blog is damn boring.

thus, just tekan pangkah ok? rather than u read my boring blog :)

i miss him, i miss him . Tuhan tolong kuatkan hati.

Friday, 16 December 2011

^^,







Wednesday, 14 December 2011

what we call majlis pertabalan sultan kedah sebagai YDP AGUNG Malaysia.

yesterday.

i had to go to parlimen ( kononnya) untuk menghadiri majlis pertabalan sultan kedah.

the seniors or fellow just pick our names untuk pergi.

so.nama aku pon sgt bertuah ye ada jugak.

mula2 aku malas gila nak p, macam2 alasan pikir, tapi kena ada penggati kalau x mau p.

aku dah agak bnda tu biasa ja.
ni kawan aku.her names is m.

bukti nya? kami kena diri tepi jalan, makan tepi jalan, 

dan tunnggu konvoi2 polis. kereta2 mewah .sultan dan PM.



dan yang lawaknya. nama2 kena wajib p tu banyak budak kedah !

nampak sgt kan mereka itu saja nak anak2 kedah yg p =.=

memang cool kan kawan-kawan ku? 
dapat duduk bawah cahaya matahari yang cantik.

"parlimen" tu sejuk sgt2. haha



kawan aku siap pinjam payung aku lg tuh.



muka nak stress kan tggu ketibaan sultan tepi pantai nan indah.


senyum kejap. happy sikit .


ok. lagi. reducing stress panas.


sampai pkol 9 stgh. sultan sampai 10 stgh.


DAULAT TUANKU ! ! !


HIDUP KEDAH !

Ek? tiba2 je?


pulun daulat tuanku tapi batang hidung sultan x nmpak.

ada dlm kereta k?

gelap x npk.

aku cuna nampak permaisuri ROSMAH der. adoi =(

ok bye.

p/s: walau apa pon aku bangga jugak. sebab dlm sejarah, sultan kedah adalah yg pertama mnjadi SULTAN SEBANYAK DUA KALI. bygkan. how old is baginda? daulat tuanku. =)

Tuesday, 13 December 2011

dean list : kerana ALLAH

Kehidupan sebagai seorang pelajar pastilah tidak dapat lari daripada peperiksaan. Apabila menyebut tentang peperiksaan, tidak dapat tidak, keputusan peperiksaan amatlah dititikberatkan. Sudah menjadi lumrah, yang mendapat markah tinggi itu bersalut kegembiraan dan mereka yang mendapat markah rendah berselubung duka.
Setelah keputusan peperiksaan keluar, terdapatlah beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan. Selepas selesai bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean list, tetapi belajar kerana Allah. Sekali saya memandang seperti tidak ada yang silap.
Ya, benar! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silapnya di situ.
Matlamat yang disalahertikan
Bagi kebanyakkan pelajar tahun 1 di sini, dan saya percaya di mana-mana pun, semua orang akan meletakkan target, "Sekurang-kurangnya, Dean list". Saya juga pernah meletakkan target sedemikian.
Timbulnya pendapat seperti di atas membuat aku sedikit lega. Tak dapat Dean list pun tidak mengapa. Janji, aku belajar kerana Allah. Namun aku tertanya-tanya, salahkah belajar kerana Dean list? Tidak bolehkah kita belajar kerana Allah dan dalam pada masa yang sama mendapat Dean list?
Pernah dikisahkan tentang seorang pemuda berperang kerana ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul satu persoalan. Adakah dia berperang kerana Allah?
Ulama bersependapat mengatakan beliau berperang kerana Allah. Ini kerana, beliau yakin dengan balasan Allah janjikan iaitu balasan syurga dan bidadari. Berperang untuk menuntut janji-janji Allah.
Begitu jugalah dengan kita. Sunnatullah mengatakan mereka yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan akibat. Mahukan akibat yang baik, ada syarat-syaratnya. Mahukan akibat yang kurang baik, ada syarat-syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga menunjukkan bahawa kita yakin dengan Allah? Percaya dengan sunnatullah?
Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks kita, Dean list adalah salah? Tidak kerana Allah?
Matlamat dan usaha
Tersebutlah kisah seorang pelajar yang terkejut dengan keputusan peperiksaan beliau. Maka terlintaslah dibenaknya, "Mesti aku belajar tidak ikhlas kerana Allah". Maka dibetulkan niatnya. Semester seterusnya keadaan yang sama berulang. Keputusan masih sama, tidak berubah. Maka hatinya berkata, "Mungkin aku tidak cukup ikhlas".  Kehidupannya diteruskan seperti biasa. Tidak apa yang berubah.
Dimana silapnya?
Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu tidak salah. Cuma muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita berikan itulah yang silap. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat hebat, sehebat rakan-rakan kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan selalu mendapat tempat teratas. Tapi, cukupkah?
Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi mereka dan kita tidak sama. Andai masih gagal sedangkan sudah berusaha. Itu maknanya, usaha kita belum cukup. Masih ada ruang untuk berusaha.
Jangan sampai koreksi niat setiap hari , keputusan masih juga sama. Akhirnya Tuhan yang dipersalahkan. Usah kita lupa, sunnatullah yang Allah tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Kesimpulan
Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah umat yang Allah muliakan kerana Islam.

Biodata Penulis

Muhammad Fahmi Bin Md Yusof merupakan pelajar perubatan tahun 2 di Jordan University of Science and Technology, Irbid, Jordan.


SUMBER: I LUV ISLAM. 

its really good. best article

Quotes: "Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan" dan "Matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T."


Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

sumber :i luv islam

Monday, 12 December 2011

persahabatan. percintaan.

this is izza :)
i went to mid valley last friday. with izza n his boyfie, and anis sudin.


makan laksa yang manis. x sedap langsung. semangkuk 6.5o. murah ke?

mnyesal beli beb.

this is anis :)  we were vey excited to watch the movie.ombak rindu.

but. dissapointed sangat.



aku dan anis

terpaksa tengok 





breaking dawn.

lmbat kan kami?

nak tgok ombak rindu tapi fully booked.

hmm but breaking dawn tak mengecewakan. sangat besh.

the wedding,the honeymoon,the words, the protecting man : Jacobs and Edward.

all is perfect.

tak perlu nak crita sbb semua org dah tgok dan baca novel pon kan.

setipa kali scene KISS. anis tunduk2 malu. haha.

aku yang kurus
 dan the last.

muka stress kapel ni tggu KTM rosak dan lmbt sampai.

muka mereka sama kan? ada jodoh pjg ni. izza, jgn gaduh2 dgn hanif ya. haha,bye


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...